Latest Products

Mazhab Thaharah

Tempahan Butiran
RM55
Kelebihan & Keutamaan Kitab Ini:
* Tajuk-tajuk khas bagi setiap masalah fiqh dan penyusunan yang teliti.
* Penjelasan panjang lebar untuk pemudahfahaman pembaca.
* Dalil-dalil empat imam mazhab dari kitab-kitab sunnah.
* Pemasukan hikmah tasyri' dalam setiap masalah.
* Sesuai untuk bacaan semua golongan masyarakat khasnya di Malaysia,Indonesia,Brunei dan Singapura


Bayar Melalui:


Panduan Solat Terawih

Tempahan Butiran
RM 5.00
RAMADHAN yang dirindui..datang dan pergi. Umat Islam gersang menunggu, beramal dan beribadah menyucikan diri. Kemarau berganti tengkujuh keberkatan dan kesejahteraan Allah SWT memenuhi relung hati insan bertaqwaLailatul-Qadr meniup sayu membisik gegendang hati insan suci dengan gelombang rahmat 1000 bulan. Memenuhi jiwa menerangi sanubari bagaikan fajar menyinsing menyinari bumi. Umat dibelai syafaat Nabi SAW dengan janjinya. Bau haruman kasturi. Tidak disentuh azab. Para Malaikat mohon keampunan siang dan malam untuknya. Syurga menghiasi diri baginya. Diakhiri dengan pengampunan Allah Yang Maha Esa.Semoga amal ibadah kita diterima dan direstui Allah SWT serta mendapat syafaat Nabi SAW, insya Allah.



Bayar Melalui:

Tanda-tanda Orang Munafik Dalam Al-Quran

Tempahan Butiran
RM 30.00
Orang munafik boleh dianggap sebagai musuh di dalam selimut atau api di dalam sekam. Kewujudan mereka ini boleh meruntuhkan sesebuah organisasi atau kumpulan masyarakat. Sekiranya terdapat ancaman musuh sebenar, kita boleh kenali dan berwaspada sepenuhnya.Tetapi golongan munafik ini amat sukar dikenal pasti kerana mereka juga sama seperti kita. Namun kehadiran mereka amat berbahaya. Oleh sebab itu di dalam AI-Quran dinyatakan tentang tanda tanda golongan munafik ini sebagai peringatan untuk seluruh umat Islam agar sentiasa bersiap sedia menghadapi tipu helah mereka. Buku hasil tulisan Dr. Muhammad Yusuf'Abdu ini adalah satu rujukan yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap Muslim dalam mengenali golongan munafik ini. Disampaikan dengan susunan dan persembahan yang mudah. Memberi ingatan kepada semua pembaca berkenaan tanda-tanda orang munafik dan kenapa golongan ini begitu mengancam dan berbahaya. Seperti yang telah terdapat di dalam AI-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W, agar kita tidak terpedaya dan leka oleh tipu daya dan strategi mereka yang akan memusnahkan Islam. Semoga dengan kehadiran buku yang berada di tangan anda dan sedang anda belek ini akan memberikan kita semua satu panduan dan ingatan agar kita tidak terjebak oleh tipu helah dan kelicikan golongan ini. Dan kita juga tidak terjerumus dan tergolong di kalangan mereka.

Bayar Melalui:

Zakat Penjana Ekonomi Islam

Tempahan Butiran
RM 45.00
Salah Satu daripada rukun Islam yang lima adalah menunaikan zakat. Ini menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi dan kewangan dalam Islam adalah amat penting dan menjadi tuntunan Islam itu sendiri. Sistem ekonomu dan kewangan Islam yang berasaskan zakat teribana daripada beberapa aspek seperti kepercayaan, ketuhanan, kepimpinan, perhubungan, pembersihan dan penyucian harta. Selain itu, tidak ada tembok yang memisahkan antara ekomomi dan kewangan daripada soal sosial, politik, etika ataupun moral. Itulah asas, konsep dan sistem ekonomi Islam yang ditunjukkan oleh zakat.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w. “…beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat dalam harta-harta mereka, yang diamabil dari orang kaya mereka dibiberikan kepada orang miskinnya.” Di dalam harta itu bukan semuanya adalah hak mutlak seorang individu tersebut. Sebahagian daripadanya adalah milik orang lain. Di sinilah zakat memberi ruang kepada umat Islam untuk memberikan hak tersebut kepada mereka berhak untuknya. Dengan zakat dapat membersihkan harta daripada unsur yang bukan menjadi hak pemiliknya. Nilai tolong-menolong dan berkasih sayang mampu menguatkan lagi keimanan serta mengukuhkan negara dan bangsa seri segi ekonomi, sosial ,moral and politik.
Kefahaman dan pengetahuan tentang zakat itu amat penting. Semoga dengan kefahaman tersebut kita lebih khusyuk dan istiqamah dalam menjalankan tuntutan agama da rukun Islam. Kehadiran buku akan membantu kita dalam usaha tersebut.

Bayar Melalui:

Subulus Salam

Tempahan Butiran
RM 50.00
Subulus-Salam adalah karya terbesar dari Imam Ash-Shan’ani. Kitab ini merupakan syarah dari kitab Bulugh Al-Maram karya Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Subulus-Salam sangat masyhur di kalangan umat Islam dari berbagai madzhab dan golongan, karena cakupan isinya tentang hadits-hadits ahkam (hukum-hukum) sangat dibutuhkan umat Islam untuk dijadikan sebagai rujukan.Di antara kelebihan kitab ini, disamping penyajian, sistematika penulisan dan ulasannya yang sempurna, juga dilengkapi dengan takhrij hadits yang mengacu pada kitab-kitab Al-’Allamah Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani.Selamat menyimak, semoga bermanfaat…

Bayar Melalui:

Bimbingan Menjadi Wali Allah

Tempahan Butiran
RM 65.00
Wali Allah adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa, mereka dekat dengan Allah, disebabkan ketaatan dan keikhlasannya, maka Allah pun dekat kepadanya dengan melimpahkan rahmat, kebaikan dan kurniaNya. Sebahagian besar isi buku ini merupakan terjemahan dan ulasan dari karya seorang ulama sufi agung iaitu Al-Imam Ibnu Athaillah Al-Iskandari yang meninggal pada tahun 1309 Hijriah di Mesir yang bertajuk Matan al-Hikam. Namun buku ini merupakan satu karya yang menunjukan jalan kepada hamba-hamba Allah yang ingin betul-betul menjadi kekasihNya atau yang sering disebut sebagai wali Allah dengan cara-cara yang sahih. Bagaimanapun sebahagian besar buku ini menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan apa-apa yang mesti dilakukan oleh hati sehingga bermula dari situ akan mendorong seseorang rajin beribadah dan menjauhkan diri dari berbagai maksiat.

Bayar Melalui:

Surah Yasin

Tempahan Butiran
RM 1.90

Bayar Melalui:

Siirusalikin

Tempahan Butiran
RM 15.00

Bayar Melalui:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. . - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger Template