Zakat Penjana Ekonomi Islam

RM 45.00
Salah Satu daripada rukun Islam yang lima adalah menunaikan zakat. Ini menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi dan kewangan dalam Islam adalah amat penting dan menjadi tuntunan Islam itu sendiri. Sistem ekonomu dan kewangan Islam yang berasaskan zakat teribana daripada beberapa aspek seperti kepercayaan, ketuhanan, kepimpinan, perhubungan, pembersihan dan penyucian harta. Selain itu, tidak ada tembok yang memisahkan antara ekomomi dan kewangan daripada soal sosial, politik, etika ataupun moral. Itulah asas, konsep dan sistem ekonomi Islam yang ditunjukkan oleh zakat.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w. “…beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat dalam harta-harta mereka, yang diamabil dari orang kaya mereka dibiberikan kepada orang miskinnya.” Di dalam harta itu bukan semuanya adalah hak mutlak seorang individu tersebut. Sebahagian daripadanya adalah milik orang lain. Di sinilah zakat memberi ruang kepada umat Islam untuk memberikan hak tersebut kepada mereka berhak untuknya. Dengan zakat dapat membersihkan harta daripada unsur yang bukan menjadi hak pemiliknya. Nilai tolong-menolong dan berkasih sayang mampu menguatkan lagi keimanan serta mengukuhkan negara dan bangsa seri segi ekonomi, sosial ,moral and politik.
Kefahaman dan pengetahuan tentang zakat itu amat penting. Semoga dengan kefahaman tersebut kita lebih khusyuk dan istiqamah dalam menjalankan tuntutan agama da rukun Islam. Kehadiran buku akan membantu kita dalam usaha tersebut.

Bayar Melalui:

Related product you might see:

Share this product :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. . - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger Template