Pesanan Penting Untuk Wanita Jangan Terpedaya

RM33.00
Synopsis Kini, terdapat pelbagai trend kehidupan wanita dalam kalangan masyarakat kita. Antaranya wanita berkerjaya, selebriti, gemar membeli belah, menuntut persamaan hak dengan kaum lelaki dan sebagainya. Perkara sebegini telah menelusuri pemikiran mereka dan menjadi angan-angan. Kadangkala akidah dan kekurangan ilmu pengetahuan agama membuatkan mereka jauh daripada aktiviti yang bermanfaat, mengabaikan peranan dan fitrah sebagai wanita. Sesetengahnya sanggup meninggalkan kewajipan sebagai seorang isteri dan ibu. Mereka lupa akan fitrah islami yang menjanjikan mereka syurga dan keampunanNya. Buku Jangan Terpedaya Muslimah Laa Tanqushuha membincangkan pelbagai kisah, contoh dan peristiwa yang dialami oleh wanita, baik para sahabat utama mahupun wanita masa kini yang kurang sempurna. Buku ini dihadirkan dihadapan anda bertujuan untuk mengingatkan kaum wanita Islam agar jangan mudah terpedaya dengan semua perkara yang dilihat di depan mata. Terdapat banyak pesanan untuk kaum wanita dalam buku ini untuk mengingatkan peranannya yang begitu besar dan mulia sesuai dengan fitrah dan naluri yang diciptakan oleh Allah SWT. Buku ini merupakan karya yang menarik dan bernilai bahkan lebih berharga daripada emas permata dan perhiasan yang terdapat di dunia ini. Ada satu cerita dari dalam buku ni yang saya nak kongsikan kat awak sempena Ramadhan Kareem yang bakal tiba tak lama lagi. Sangat seronok. Moga Allah lapangkan dada kita untuk memahami seadanya apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Bismillah hirrahma nirrahim. Dalam sebuah pameran besar, ditampilkan berbagai jenis permata, mutiara, dan perhiasan yang diperbuat dari emas. Maka bertebaranlah kaum wanita mengunjunginya. Mereka kagum dan terpesona dengan keindahan aneka jenis permata dan perhiasan yang dipamerkan dalam ekspo itu. Mereka semua melihat kepada berbagai jenis rantai leher, gelang dan cincin yang menarik, dan membaca harga yang terpamer. Mungkin ada sebahagian daripada mereka yang berangan-angan untuk memiliki perhiasan-perhiasan tersebut. Ketika kaum wanita dalam keadaan demikian, tiba-tiba pemilik pameran tersebut membuat pengumuman : "Wahai saudari-saudari pengunjung yang mulia, anda dipersilakan untuk memenuhkan beg tangan anda dengan perhiasan dan permata yang diminati dalam pameran ini secara percuma selama 30 minit!" Cuba bayangkan apa tindakan mereka. Saya yakin dan pasti belum sempat pengumuman tamat, mereka semua sudah mula berebut-rebut untuk mengambil barangan perhiasan tersebut. Bahkan mungkin ada yang sanggup bergaduh.

Bayar Melalui:

Related product you might see:

Share this product :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. . - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger Template