Fiqh Keutamaan

RM 49.00
Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi , seorang tokoh pemikir Islam agung di abad ini telah menghasilkan ribuan makalah dan buku di dalam berbagai bidang ilmu Islam. Beliau adalah seorang muslim moderat yang cuba menampilkan Islam sebagai suatu ikutan yang mudah dan sesuai untuk semua manusia di semua tempat dan suasana. Mengikuti pemikiran beliau kita akan yakin bahawa hanya dengan mengikuti Islam sahajalah segala permasalahan kehidupan dan kematian akan diselesaikan. FIQH AL-AWLAWIYYAT ( Fiqh Keutamaan) mendedahkan kepada generasi Islam perkara-perkara apakah yang patut diletakkan pada tangga pertama, diberi keutamaan dan keistimewaan serta hal-hal apakah yang seharusnya diletakkan sebaliknya dan dilakukan kemudian. Kegagalan mengatur keutamaan akan mengakibatkan tindakan-tindakan menjadi tidak teratur dan tersusun rapi, sehingga memperlambat ummah untuk menggapai matlamat yang dicita-citakan. Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan fiqh keutamaan dan prioiriti kerja sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, perkara-perkara kecil, remeh-temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar-besarkan kerana ia akan menghambat gerak perjuangan. Tiba masanya bagi ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran di antara sesama sendiri. Sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama untuk menyambut era kebangkitan dan kegemilangan Islam sebagai satu-satunya “Addin” ( cara hidup) yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet bumi ini. Di antara petikan menarik daripada buku ini: ” Dari pengalaman yang pernah saya lalui, banyak saya dapati kaum Muslimin yang ikhlas dan baik menghulurkan derma dan sumbangan untuk mendirikan masjid baru , walhal di daerah tempat tinggalnya sudah banyak sekali masjid-masjid yang berdiri dan sedia ada. Ada di kalangan (mereka- p) yang sanggup untuk memberikan derma sebanyak setengah juta pound Mesir atau beribu-ribu Dollar Amerika. Namun apabila kamu mencuba untuk memohon kepada mereka memberikan derma tersebut untuk kegiatan Islamiyyah; menyekat usaha-usaha pemurtadan dan penyebaran agama lain di tengah-tengah masyarakat Islam, ataupun untuk menyokong kerja-kerja Islam dalam menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini atau tujuan-tujuan besar seumpamanya, mungkin kamu boleh dapati sokongan dari beberapa orang di antara mereka, namun jarang sekali kamu akan mendapati bantuan kewangan dari masyarakat ramai. Mengapa…? Kerana mereka lebih mengutamakan pembangunan batu daripada usaha-usaha pembangunan manusia..!!” “Pada musim haji setiap tahun, saya saksikan banyak sekali kaum Muslimin yang tergolong kaya dan mampu pergi menunaikan haji yang kedua ataupun ketiga atau selanjutnya. Banyak juga di kalangan mereka yang menambahkan ibadah haji sunat itu dengan terlebih dahulu mengerjakan ibadah Umrah di bulan Ramadhan. Mereka tidak segan-segan untuk mengeluarkan wang ringgit demi tujuan tersebut …Tetapi apabila kamu cuba untuk meminta kepada mereka menyalurkan semua dana dan peruntukan yang mereka belanjakan pada setiap tahun itu untuk didermakan kepada tabung mujahidin yang sedang memerangi penceroboh dan penjenayah Israel di Palestin atau tabung dakwah Islamiyyah untuk menghadapi usaha-usaha Kristianisasi di wilayah-wilayah Indonesia ataupun di Bangladesh atau di negara-negara lainnya di benua Asia dan Afrika, atau kamu meminta kepada mereka untuk menyalurkan peruntukan tersebut bagi membangun pusat-pusat tarbiyyah dan pendidikan dakwah Islamiyyah melahirkan para pendakwah yang mantap dan berpengetahuan luas, ataupun usaha-usaha penyusunan buku-buku Islam atau terjemahannya, pasti kebanyakan mereka akan menolehkan kepalanya ke arah lain kerana enggan atau tidak setuju dengan cadangan yang kamu berikan tadi, bahkan mungkin ada di kalangan mereka yang akan mengherdik dan mencemuh kamu” “Alangkah baiknya, apabila mereka yan pergi ke tanah suci Makkah untuk melaksanakan ibadah haji sunat- mereka adalah golongan yang terbanyak- dan mereka yang sentiasa melaksanakan umrah pada bulan Ramadhan dengan belanja wang ringgit yang cukup besar tersebut bertolak ansur dan sebaliknya mengalihkan perhatian dan menyalurkan peruntukan kewangan yang begitu besar untuk memberikan pertolongan dan bantuan kepada kaum Muslimin dan Muslimat yang sedang menghadapi bahaya kehancuran kerohanian dan kebendaan; bahaya kematian dan penghancuran yang sedang dilakukan oleh pihak-pihak musuh di seluruh dunia”

Author : Dr Yusuf Al- Qardhawi
Pages : 280, Hardcover
Our Ref : PJ-1968
ISBN : 978-967-308-124-0



Bayar Melalui:

Related product you might see:

Share this product :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. . - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger Template